Aku punya
sahabat nama diberi Siti Syahira Binti
Sa’dan, dia sudah seperti kembarku lebih-lebih lagi dia sudah ku anggap
keluarga kerna dia anak yatim piatu.---Airmata yang sering menetes dikala
hening malam kerana aku sering memendam apa yang dirasa yang di lemparkan oleh
orang sekeliling kerna aku tidak mudah untuk rapat dengan sesiapa apatah lagi
memperoleh kawan, Ira kawanku yang ku kenal tanpa diduga sudah hampir lima tahun
tidak jemu untuk menghiburkan ku di waktu aku bangkit mahupun aku jatuh kecundang.
aku berharap Ira akan sentiasa ada di sisi ku dan tanpa jemu melayan karenah
serta renggekkan ku. Aku boleh melihat setiap apa yang dilakukan Ira untukku dengan
tulus ikhlas kerna ingin melihat aku sentiasa tidak lekang mengukir senyuman di
bibir.
Pada suatu
hari, aku menerima satu panggilan yang tertera nama Ira tetapi bila ku dengar
suara yang ada di talian seperti suara asing yang tidak pernah ku dengar dan
sama sekali bukan Ira pemilik suara itu …..
“hello,
assalamualaikum..ini cik Rara ke?” (kedengaran suara seorang lelaki yang asing
bagiku)
“haa..waalaikumussalam,
ye saya Rara..ini siapa ye? Setahu saya pemilik nombor ni kawan saya,Ira..”
“iya, saya
harap lepas saya beritahu ni,Cik Rara dapat menerima dengan tenang dan banyakkan bersabar …”
**********aku
sudah mula terkejut dan terdetik ada
apa-apa yang terjadi ke pada Ira??????
“Cik Rara,
kawan cik yang bernama Siti Syahira terlibat dalam satu kemalangan jalan raya
dan keadaan beliau amat parah”
*****tanpa kata-kata
air mata ini mula menetes dengan derasnya tanpa diduga dan seperti bumi ini
sedang menghempap diri tika ini------
Ira akan
dibedah hari ini juga karena dia mengalami pendarahan yang amat parah di
kepala. Aku terkenang kembali kenangan saat bersama Ira, aku takut terjadi apa-apa
pada Syahira, tapi aku tidak boleh berprasangka buruk, aku harus redha dengan
apa jua kemungkinan yang bakal jadi. Hanya doa adalah keajaiban sekarang ini ,
Ya Allah, semoga Ira selamat.
Seminggu
sudah syahira bertemankan wayar wayar berselirat tubuhnya---aku setia berada di
sisi nya seperti mana dia setia ada untukku sebelum ini..tapi kali ini aku
hanya dapat melihat wajahnya sahaja tetapi suaranya tidak dapat ku dengari
seperti selalu , Ya Allah ! aku rindu dia—dengan harapan aku punyai peluang
untuk berbicara dengan Ira walaupun hanya untuk seketika kerna aku terlalu
merindui gelak tawa serta usikan Ira..
Mama menyuruh
aku pulang ke rumah untuk rehatkan diri dan tukar giliran untuk menjaga Ira
kerna sudah seminggu aku tidak pulang. Sesudah mandi, aku berencana untuk
menjenguk Ira.
Tiba-tiba,
telefon bimbitku berdering, rupanya panggilan dari Mama .
“Hello,assalamualaikum..
Mama?”
“Ha.. hello..waalaikumussalam..
Rara, Ira… dia..,” suara mama kedengaran samar-samar seperti sedang menangis.
“ye,Ira kenapa
mama? “ dalam fikiran ku hanya fikir Ira bangkit untuk senyum harini seperti
biasa untuk aku dan keluarganya . selama perkenalan aku kenal Ira seorang yang
tabah dan aku mahu dia selalu tabah --- lalu mama menyentak dengan suaranya…..
“Rara! Ira..dia…. dia dah meninggal…Ra, Allah lebih
sayangkan dia, mama harap kamu banyakkan bersabar dan redha atas pemergian
dia”--
“APA!!?” aku
amat terkejut mendengar berita itu, rupanya kelmarin adalah hari terakhir
pertemuanku dengan Ira serta saat terakhir dia sentiasa ada di sisi ku dan aku
berasa sangat terkilan kerna tidak dapat meratap saat di menghembuskan nafas
nya yang terakhir.
Pengebumian
Ira berjalan lancar, “Semoga Kamu Tenang Di Sana Sahabatku dan Semoga Kita
Bertemu Di Sana Suatu Hari Nanti…,Hanya kenangan waktu bersamamu menjadi
pengubat kerinduan ku padamu kini ---TAMAT--
Disediakan Oleh : NOOR FADZIRA BINTI HEDZIR
Disediakan Oleh : NOOR FADZIRA BINTI HEDZIR