Tuesday, 21 April 2015

Cerpen (SAHABAT)

Aku punya sahabat nama  diberi Siti Syahira Binti Sa’dan, dia sudah seperti kembarku lebih-lebih lagi dia sudah ku anggap keluarga kerna dia anak yatim piatu.---Airmata yang sering menetes dikala hening malam kerana aku sering memendam apa yang dirasa yang di lemparkan oleh orang sekeliling kerna aku tidak mudah untuk rapat dengan sesiapa apatah lagi memperoleh kawan, Ira kawanku yang ku kenal tanpa diduga sudah hampir lima tahun tidak jemu untuk menghiburkan ku di waktu aku bangkit mahupun aku jatuh kecundang. aku berharap Ira akan sentiasa ada di sisi ku dan tanpa jemu melayan karenah serta renggekkan ku. Aku boleh melihat setiap apa yang dilakukan Ira untukku dengan tulus ikhlas kerna ingin melihat aku sentiasa tidak lekang mengukir senyuman di bibir.
Pada suatu hari, aku menerima satu panggilan yang tertera nama Ira tetapi bila ku dengar suara yang ada di talian seperti suara asing yang tidak pernah ku dengar dan sama sekali bukan Ira pemilik suara itu …..
“hello, assalamualaikum..ini cik Rara ke?” (kedengaran suara seorang lelaki yang asing bagiku)
“haa..waalaikumussalam, ye saya Rara..ini siapa ye? Setahu saya pemilik nombor ni kawan saya,Ira..”
“iya, saya harap lepas saya beritahu ni,Cik Rara dapat menerima dengan tenang dan  banyakkan bersabar …”
**********aku  sudah mula terkejut dan terdetik ada apa-apa yang terjadi ke pada Ira??????
“Cik Rara, kawan cik yang bernama Siti Syahira terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan keadaan beliau amat parah”
*****tanpa kata-kata air mata ini mula menetes dengan derasnya tanpa diduga dan seperti bumi ini sedang menghempap diri tika ini------

Ira akan dibedah hari ini juga karena dia mengalami pendarahan yang amat parah di kepala. Aku terkenang kembali kenangan saat bersama Ira, aku takut terjadi apa-apa pada Syahira, tapi aku tidak boleh berprasangka buruk, aku harus redha dengan apa jua kemungkinan yang bakal jadi. Hanya doa adalah keajaiban sekarang ini , Ya Allah, semoga Ira selamat.
Seminggu sudah syahira bertemankan wayar wayar berselirat tubuhnya---aku setia berada di sisi nya seperti mana dia setia ada untukku sebelum ini..tapi kali ini aku hanya dapat melihat wajahnya sahaja tetapi suaranya tidak dapat ku dengari seperti selalu , Ya Allah ! aku rindu dia—dengan harapan aku punyai peluang untuk berbicara dengan Ira walaupun hanya untuk seketika kerna aku terlalu merindui gelak tawa serta usikan Ira..
Mama menyuruh aku pulang ke rumah untuk rehatkan diri dan tukar giliran untuk menjaga Ira kerna sudah seminggu aku tidak pulang. Sesudah mandi, aku berencana untuk menjenguk Ira.
Tiba-tiba, telefon bimbitku berdering, rupanya panggilan dari Mama .

“Hello,assalamualaikum.. Mama?”
“Ha.. hello..waalaikumussalam.. Rara, Ira… dia..,” suara mama kedengaran samar-samar seperti sedang menangis.
“ye,Ira kenapa mama? “ dalam fikiran ku hanya fikir Ira bangkit untuk senyum harini seperti biasa untuk aku dan keluarganya . selama perkenalan aku kenal Ira seorang yang tabah dan aku mahu dia selalu tabah --- lalu mama menyentak dengan suaranya…..
“Rara!  Ira..dia…. dia dah meninggal…Ra, Allah lebih sayangkan dia, mama harap kamu banyakkan bersabar dan redha atas pemergian dia”--
“APA!!?” aku amat terkejut mendengar berita itu, rupanya kelmarin adalah hari terakhir pertemuanku dengan Ira serta saat terakhir dia sentiasa ada di sisi ku dan aku berasa sangat terkilan kerna tidak dapat meratap saat di menghembuskan nafas nya yang terakhir.

Pengebumian Ira berjalan lancar, “Semoga Kamu Tenang Di Sana Sahabatku dan Semoga Kita Bertemu Di Sana Suatu Hari Nanti…,Hanya kenangan waktu bersamamu menjadi pengubat kerinduan ku padamu kini ---TAMAT--

Disediakan Oleh : NOOR FADZIRA BINTI HEDZIR

No comments:

Post a Comment