Rambut ikal yang selalu dibelai juga selalu tersenyum bila manja hati ku terus hilang sakit yang ada .Malaika cahaya mata ku yang pertama yang masih lagi setahun mengenal dunia . rutin harian ku setiap hari minggu membawa malaika bermain basikal serta bersiar . setiap benda yang malaika buat aku berharap dapat lihat dia membesar depan mata ku dengan kebahagian yang ku beri . malaika juga permata yang ada disisi aku sekarang. ----- malaika memeluk kaki ku lalu dia mendongak tersenyum memanggil ku umi … aku rangkul dia didakapan ku . kebahagian yang selalu aku ada Cuma dia . “tuhan , jika bukan aku orang yang menjaga malaika hingga dia melihat kebahagian sebenar – kau peliharalah malaika seperti kau pelihara hatiku “ lalu aku cium pipi gebu malaika . 11 malam seperti biasa aku ditemani segelas kopi dan laptop ku yang menjadi luahan hati . setahun sebelum malaika muncul dalam kehidupan ku , menulis juga salah satu kebahagian ku.walaupun tak pernah punya buku sendiri aku tetap menulis . malam ini aku menulis lagi tentang hati yang sering kali sendu . hati ini sering kali imbas kenangan dulu . Alif – peneman hingga sekarang tidak hilang dalam ingatan . setahun sudah alif pergi tinggalkan aku . Malam itu .. aku ada temu janji dengan Alif . “ awak nak makan kat mana ? dari tadi bual lapar je jom la saya belanja .” “baru habis kerja ni awak , bagi la saya tukar baju dulu “ waktu tu aku penat tambah lagi migraine dengan gastrik . berhenti kat kedai Mak Tini seberang jalan , aku order makanan kegemaran nasi pattaya . alif pula perhati aku makan dengan kelaparan . “esok pagi cuti nak buat apa ?”taktaula “saya plan nak pergi jogging.jomla ikut , peha tu pun dah macam kayu balak . hahaha” aku cubit dia sampai menjerit . alif ni suka kacau aku tak pernah henti . alif ni sebenarnya bekas atlet time sekolah dulu . berlari satu litar pun tak pernah semput , tapi sekarang taktau la bole ke tak . “cepat la sikit lari .. lembab la kau ni “ --- dalam kereta lagu selimut tetangga kegemaran ku . “ eh , kau ingat tak hari jadi aku bila ?” ntah la , hahahah “oh okay” ; bagi aku kalau ingat ke tak sama je . kalau tak reti menghargai tak guna jugak kan ? aku Cuma nak tengok , dia tengok aku sayang dia dengan cara ingat semua tarikh manis manis . wehh , nak sayang kena ingat ek semua tarikh . sekurangnya aku takda la lupa nama panjang dia . hahaha . ---- esok pagi duduk kemas rumah pelan aku . sms tetiba masuk “malam ni siap aku nak ajak kau keluar”aduhh keluar lagi . tak bosan ke? Malam ni aku kena pakai baju serba serbi putih . apa motif pun aku tak tahu . Nak bawak aku pergi mana ni ? “diam jelah” aku ingat tempat ni tapi kenapa aku lupaaa bila dan dengan siapa aku dating ek ? “tutup mata “ ---- bila bukak mata semua jadi lain , rasa , jiwa , perasaan semua lain . Harini hari jadi aku ke ? tapi kenapa aku tak ingat .. --- malaika menangis , mungkin minta susu . aku berhenti menulis dan pergi ke malaika . lama juga melayan karenah dia ni . Cuma bila hari hari macam sudah jadi hobi dan bahagia . Dari mula sampai sekarang aku tampung semua sendiri , malaika membesar depan mata Cuma ada aku . ntah bila aku mahu move on untuk hidup berdua .mungkin hingga jodoh jatuh dari langit ..ayah malaika meninggal setahun yang lalu . selepas 3 tahun bersama dia punya kanser tahap kritikal . waktu itu tanpa sesiapa yang kuatkan aku , Cuma diri sendiri untuk suami . paling aku sakit , aku kandungkan malaika . “nanti jaga dia macam awak jaga ‘kita’ dari mula mula dulu “ senyuman terakhir Alif berlalu pergi . tapi sekarang senyuman pengganti aku sudah ada Malaika Nadia binti Alif . ummi & ayah sayang Malaika . –tammat-
Disediakan Oleh: MURNI SARA BINTI RAMLI
No comments:
Post a Comment